Monday, January 12, 2009

selamatkan bumi Palestin













" Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil dalam kitab itu: sesungguhnya kamu akan melakukan sesuatu kerosakan di bumi Palestin (dua kali) dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong dan angkuh dengan melampau " [al-israa'17:4]




" Maka apabila sampai masa janji membalas (kederhakaan kamu) kali yang pertama dari kedua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba- hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di setiap ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu) ; dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku " [al-israa'17:5]


Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.


Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.


Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?


Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.


Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?


Dipetik dari artikel: Khutbah Palestin memanggil kamu pulang kepada islam

saifulislam.com







BACK